LENCANA SEKOLAH



"ILMU SULUH HIDUP" menjadi motto utama kami sejak ditubuhkan. Bagi kami tiada ilmu sudah pasti tiada erti dalam hidup. Tanpa ilmu gelap gelitalah dunia. Sekiranya kita berilmu, kita dapat melakukan sesuatu untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu semangat ingin memajukan diri adalah tunggak kejayaan diri. 
Warna merah melambangkan kekuatan, semangat ingin berjaya dalam hidup. Warna kuning keemasan adalah lambang kejayaan diri. Obor pula akan menerangi alam dimana dikelilingi perisai umpama sebuah dunia nyata. Buku ditengah adalah asas kepada pencarian sesebuah ilmu.
Jika digarabkan, ilmu adalah penyuluh hidup insan. Ilmu juga akan membentuk modal insan yang berkualiti dan berguna.